susah sangat ke?

January 9, 2009 § 4 Comments

Terasa agak pelik bila sesetengah orang kita respond tentang boikot produk y@hud1 dan sekutunya.
“sanggup ke?”, kata sesetengah mereka.

Saya terfikir, kalau setakat tak makan MekDi, tak makan KayEfSee, tak minum Star*uck, tak makan meggi, milo dan lain-lain yang seangkatan, susah sangat ke kita nak hidup?

Saya tak rasa saya akan kempunan nak makan prosperity burger yang bagi saya harganya sangat tidak berpatutan itu.

Saya dah lama tak makan KayEfSee semenjak saya menjual hayam.

Mungkin saya akan kempunan kegemaran saya Ais Kisar Teh Hijau Star*uck, tetapi yang bagusnya saya boleh jimatkan duit. Kalau tak membazir je berbelas belas ringgit utk segelas air.

Saya suka masak meggi sebab cepat. Tapi bukan lah selalu, cuma kadang-kadang. Tapi sekarang supply noodle keluarga saya dah bertukar kepada brand IBU, produk muslim tempatan. Jadi takde masalah kalau setakat tak makan meggi yang tidak begitu menyihatkan itu.

Selalunya bila saya makan di luar, saya akan order m1L0 kosong panas. Sedap secukup rasa, tidak terlalu manis. Tapi apa salahnya kalau saya order minuman lain. Tak pun minum air suam je, lagi elok jugak kan?

Jadi, susah sangat ke?

Kalau kita nak terlalu detail tentang setiap produk, memang agak mustahil rasanya.
Dan kalau setakat berkobar-kobar sekarang je, bila isu yang panas sekarang dah jadi reda suam-suam nanti, kita pun dah lupa balik pasal “resolusi” ni, sia-sia saja rasanya.

Setiap perkara harus dimulakan dengan langkah yang kecil. Tetapi mesti berterusan.

Jika sekarang kita rasa “tercabar” dengan isu kemanusiaan di Palest1n dan kekejaman Z10n1s, kenapa kita rasa susah sangat nak mendidik kita sendiri mengelak (setakat termampu dan reasonable) produk alkafirun sebaliknya berjinak-jinak dengan produk bangsa seagama kita.

Sedih juga bila sesetengah orang sebangsa dan seagama kita sendiri yang merasakan boikot produk yahud1 dan sekutu seolah-olah tak logik. Kita tak boleh pakai internet? sebab ciptaan alkafirun tu. kita tak boleh pakai FB? sebab ciptaan diorg jugak. Jadi kita kena balik kampung hidup macam orang dulu-dulu? sebab tak nak terlibat langsung dengan alkafirun tuh.

Astaghfirullah…sempitnya pemikiran.

Bagi saya ini bukan isu baru. Kita sudah lama terbiasa dengan “resolusi” hangat-hangat t*ik ayam macam ni.

Persoalannya, “susah sangat ke?”

Advertisements

§ 4 Responses to susah sangat ke?

  • takara says:

    waa, bagus2. Ako dah dua tiga hari bersengkang mata depan PC nak siapkan job kawin org, dapat jugek ako rilek2 bacha blog kao nih.Ako pong memang dah lama tak beli mainan2 superhero2 mat saleh ni, dan ako harap tindakan ako tu sedikit sebanyak dikira sebagai satu langkah gak la untuk tidak menyapot diorang. Errr, ako beli mainan robot jepun jer. :DArtwork kao tu, nanti la dolu. Ako nak isap rokok pong takder masa skarang ni (ako tak isap la rokok2 mat saleh tu tau)

  • ery kumagai says:

    encik takara,doh bakpo blog demo lagu tuh. ado sceyleh ggitu. sajo wak saspeng bkali dok?:Pambo baaaaru jah dok ajat nok mesej demo smula nok peringat pasal artwork tuh, pah nok oda hok baru nah pulok, dio cepat2 wi notis delay doh. huk aloh.beli lah bbena maine2 robot tuh pah kalu agok2 puah buleh handover ko anok tuno ambo pulok.recycle keh baguh tuh:P

  • takara says:

    err, alamak, blog ako bukan yang tu la. Tu yang lama kot.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading susah sangat ke? at it is TheVeryEry.

meta

%d bloggers like this: