what’s our value?

November 17, 2009 § 4 Comments

Tentang seseorang. Dan seseorang. 

Disuatu petang, Pn L agak sibuk menjawab panggilan telefon. Seperti dijangka dan seperti minggu-minggu sebelumnya, selepas (dan semasa) segmen produk tersebut keudara di radio, alhamdulillah Pn L sebagai stokis daerah menerima panggilan untuk pertanyaan lanjut dan juga order. Rezeki di tangan Allah, kita hanya berusaha.

Salah satu panggilan di petang itu dari Pn N. Dia tinggal tidak jauh dari kedai Pn L, cuma 5-7 minit saja dan meminta Pn L menghantar order nya ke rumah. Pn L setuju, lagipun dekat. Tak salah kalau dia membuat sedikit “added service” untuk customer.

Malam itu Pn L hantar ke rumah Pn N. Tetapi dia terlewat kurang sejam dari masa yang dijanjikan, sepatutnya pukul 8 malam. Maklumlah, Pn L juga seorang isteri. Selepas kedai ditutup sekitar jam 7, dia bergegas pulang dan menyediakan dinner (yang ringkas) dan solat maghrib. Pn L mengajak suaminya, Mr A untuk menemaninya. Dia lebih selesa begitu, jika kemana-mana pada waktu malam, mereka selalu bersama. Sambil boleh meluangkan masa bercerita tentang kerja harian masing-masing. Si anak tunggal juga tak lepaskan peluang ikut serta. Memang manja keletahnya.

Sampai di alamat Pn N, rumahnya dah bergelap gelita. Pn L berfikir, mungkin salah rumah agaknya lalu dia menekan loceng. Selepas seketika, suara wanita menjawab di tingkap dari bilik tingkat atas.
“Puan N?” Pn L bertanya.
“Ya. Sekejap”

Pn L berdiri di pagar. Tak lama kemudian seorang gadis muncul.
“Pn N?”
“Err..tak”
“oohh..your mother”
“dia order barang apa ye?”
“ni ada *** dan ****”
“berapa ringgit?”
“seventy two. resit ada dalam tu”
(si gadis mengambil bungkusan order)
“tunggu kejap ye”

Pn L senyum. Dan menunggu di luar pagar, sambil berborak dengan si suami yang setia menunggu di dalam kereta. Anak tunggal nya sudah tertidur di tempat duduk belakang.

Lebih kurang 3-4 minit kemudian.
“HELLO! SIAPA TU?”
Suara tegas dan lantang dari dalam rumah. Pn L agak terkejut. Dia berjalan masuk ke dalam. Tetapi agak tidak selesa kerana tidak dipelawa.
“KENAPA AWAK TAK BOLEH DATANG SINI??” kata suara tadi. Masih lantang walaupun Pn L sudah berdiri di depannya.
Pn L lebih terkejut. Dia cuba memandang ke wajah wanita yang bercakap walaupun agak samar di muka pintu rumah.
Pn N agaknya.
“i thought i must wait outside, at the gate”. Pn L jawab ringkas. Pn L cuba untuk senyum tapi terlalu pahit rasanya.

Pn N hulurkan duit. Tiada sedikit pun perasaan mesra di wajahnya. Pn L tidak mahu memandangnya lagi. Dia sangat sangat terkilan dengan ‘budi bahasa’ si customer iaitu si tuan rumah.
“Thanks”. Lalu dia berpaling keluar. Pn L rasa malu. Malu kepada suaminya yang mungkin terdengar layanan si tuan rumah.

Sebaik masuk ke dalam kereta, Pn L bersuara. “i dont like this customer. i dun want to see her again”. Tersekat suaranya, menahan perasaan. Terkejut, kecewa, malu.

Sebelum kereta mereka berlalu,Pn N tiba-tiba muncul untuk menutup pagar.
“Thank you”. Kata Mr A sambil menundukkan kepala hormat.
“sorry”. Ringkas Pn N.
Pn L hanya diam. Kecewa dan sedih.
.
.
.
The End.

Sekadar renungan.
Dari Abu Syuraih al-Khuza’i r.a bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah berbuat baik kepada tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah memuliakan tamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah berkata yang baik atau hendaklah berdiam saja”.

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan lafaz seperti di atas ini dan Imam Bukhari meriwayatkan sebahagiannya)

~ Dipetik dari Riyadhus Shalihin, oleh Imam Nawawi~

Advertisements

Where Am I?

You are currently viewing the archives for November, 2009 at it is TheVeryEry.